Friday, December 31, 2010

What is actually happen in 4th Qtr 2010

Setelah kian lama saya pendamkan semua kisah suka duka sepanjang 4th Quarter 2010.

kalau dikenang2 mmg sedih, tapi kisah ini harus saya sematkan abadi dalam ruangan memori
kehidupan seharian sebagai peringatan dan iktibar.....

Sejak ramadhan 2010, saya merasa ada sedikit kurang senang...
hati meronta mencari apakah sebenarnya jawapan yg bakal merungkai rase resah
walaupun riuh sibuk membuat persiapan hari raya aidilfitri......

Yup....It is true.. somethings bad had happen to me, my son and its affect my family.....

at the 27week of pregnancy, and 2 days before Hari Raya Aidilfitri,
i was 'attack' with chiken pox....
OHH NOOOO.......
it is the 1st time ever in my life u.....
saya belum pernah dijangkiti penyakit ini sejak dari kecik lagi....

pagi syawal saya sgt sedih, kerana perlu berseorangan di kuarantin kan
supaya tidak memindahkan virus chicken pox kepada org lain...
Muhammad Adam juga perlu beraya berasingan dengan saya....
sakit entah macamamane nk cerita...

menjelang petang.. bertambah sakit.... sgt sakit,
rase contraction mcm nak bersalin.....
tulang belakang saya juga sakit teramat sgt....

hanya Allah sahaja yang tahu penderitaan saya,
nak makan, tak boleh telan, kesan chicken pox hingga ke dlm rongga mulut...
saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana rupa saya ketika itu...

Mr Husband penuh sabar meneman saya, ketika semua org keluar berhari raya....
ptg raya saya rase sakit ygteramat sangat, telefon mak saya, dia advise pergi hospital,
bimbang keadaan saya yang masih mengandung ketika chicken pox,

Mr Husband bawa saya ke unit kecemasan Hospital Kuala Pilah,
waktu itu, hanya mampu mengucap panjang,
jika contaction saya tidak berkurangan, mungkin baby akan lahir tidak cukup bulan..
mcm2 menghantui fikiran...
tapi saya tidak putus mengharap doa diperkenankan,
tak mahu menyusahkan sesiapa, ... saya seperti perlukan mak disisi sebagai penguat semangat...

selepas, pelbagai pemeriksaan, ujian, drip water...etc... doktor benarkan saya pulang...
berbekalkan ubat penahan sakit contraction...
sungguh ....pengalaman ngeri di wad kecemasan ketika 1 syawal itu tkkan saya lupa...
seminggu kemudian ....
Mr Sonshine saya Muhammad Adam pula dijangkiti chicken pox...
saya seorg dewasa tidak tahan dgn demam chocken pox ni apatah lagi die yang blom masuk 2 tahun kan...
muka orang kena chicken pox

Tempoh sebulan syawal tu mmg kami bertiga dok umah berkuarantin sahaja..
2 minggu saya sakit, 2 minggu lagi adam plakkena...
mujur Mr Husband kuat kebal segala...
katanyer, penyakit ni kalau dah kena sekali takkan kena seumur hidup lagi...
mungkin.....

Maka, untuk menamatkan suasana sedih bermurung dan sakit..
kami secara tiba2 buat reservation last minute ke Cameron Highland..
saya teringin sgt nak pergi sana... tak tau kenapa.. mcm mengidam punya jgk...
dulu mengandung adam, nak pergi Bukit Tinggi...
kali ni mengandungkan si anis nak pergi Cameron Highland pulak...

muka masih penuh bintik2 kesan parut chicken pox...

Bulan November 2010, saya mula sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran puteri kami..
Nur Anis Bte Mohd Farid...

Selepas dari kes chicken pox, saya terpaksa menjalani pelbagai ujian ultrsound, detail scan and pelbagai lagi untuk pastikan demam chicken pox tersebut tidak memberi kesan pada baby dlm perut... rase sedih, takut dan penuh bersalah ketika itu...
kalau2 sesuatu terjadi pada baby...
kami merangcang untuk melalui proses bersalin normal, selepas melahirkan adam secara c-ser tahun lalu.

atas nasihat doktor, saya telah menjalani ujian imbasan tulang punggung untuk memastikan jarak dan keadaan baby sebelum membuat keputusan sama ada saya boleh bersalin normal atau tidak...

ini imej CT scan tulang punggung

Doktor memberi harapan bahawa saya mampu melahirkan secara normal, jika berat baby tidak melebihi 3kg... saya dengan penuh yakin akan mencuba sehabis daya n usaha utk melahirkan secara normal,

tetapi takdir Allah lebih dari yang kita sangkakan,
Nur Anis dilahirkan secara emergency c-ser kerana telah lebih 10 jam bertahan dgn contaction
8 cm dilated, anis tetap tak keluar jgk...

sekali lagi saya dibedah utk mengeluarkan baby, Dr Kay terkejut sbb, keadaan baby mendongak ketika itu... Mr Husband tgk mcmmane keadaan anis ketika itu,

Waktu tu saya redha kerana bukan kerana kelemahan saya melawan sakit bersalin dan menyerah kepada pilihan c-ser, tetapi keadaan baby yang tidak membenarkan proses bersalin normal.
tepat jam 10.40mlm, 13 December 2011 hari Isnin anak perempuan saya dilahirkan...
die sungguh 'besar' 3.5kg jika dibandingkan dgn anak lelaki saya hanya 2.6kg ...

1st day @Naluri Medical Centre


dari saat itu, bermula lah aktiviti harian saya sebagai seorg ibu kepada 2 org anak kecik..
belajar menyesuaikan diri dengan kerenah anak-anak,
bila yg sorg nangis, yg sorg tengok,
bila si adik tido, abang datang atas pangku,
Adam masih kecik, belum pandai bercakap sgt,
dia juga perlu perhatian
ketika dalam tempoh pantang 40 hari
anis dengan masalah jaundice yang berlanjutan...
mmg suasana saya sangat sibuk dan fokus pada keluarga dan masalah anak-anak..
mujur ada mak yang sentiasa memberi sokongan pagi petang siang malam,
terbayang saya kalau lepas2 ni berpantang tanpa mak disisi...bagaimana ya?
bersalin c-ser bukan senang nk maintain, bukan susah nak disiplin makan....

tempoh penyesuaian si abang dan si adik juga mengambil masa....

bila tido je saya rapat-rapatkan mereka

Saya hilang separuh jiwa saya ketika akhir Quarter 4 tahun 2010....
Mr Husband diduga dengan pelbagai kerenah manusia....

Alhamdulillah kami bangkit sebagai satu keluarga yang akan berusaha memperbaiki kehidupan kami dari masa ke semasa.....