Wednesday, March 26, 2014

Hidup Dalam Dunia Banyak Ceritanya

Assalamualaikum,

Memang lama sungguh nk blog ni terbiar, 
tahap disiplin belum boleh dinaiktaraf kepada blogger ni nama nya,
Tapi, topic n draft byk dah dlm Post... remain unpublish..

Bunyi cliché la kan...

Dunia hari ini sangat menduga,
Masalah dunia, masalah economi malaysia
#MH370, Malindo Air terbakar,
Krisis Air di Selangor, Jerebu...etc etc..
Mahu panjang list ni...

satu yang mencuit hati sudah tentu la ada kena mengena dgn perasan dan peribadi kita..
Saat ahli keluarga mangsa penumpang MH370 berduka, 
ada rakan kenalan saya yg kehilangan suami tercinta,
sedara sekampung yang dapat 10A SPM,
Officemate nak kawin, dapat anak baru...

Itulah yg dimanakan kehidupan,
airmata ketawa & sedih, pelbagai...

untuk saya kongsi tentang apa yang berlaku semenjak 2 menjak ni.. mmg malas la kan,

tragedi2 ini mengajak saya untuk berfikiran lebih matang ( matang kew???) tapi masih dalam proses pembaikpulihan. 

saya nak tanya, susah sgt ke nak faham orang lain?? 
payah sgt ke nak terima perbezaan?? 

pahit sangat ke kalau orang ckp kelemahan kita?? 
salahke kita bersuara tentang pendapat masing masing tanpa menghentam satu pihak??
sakit sangat ke kalau kena tegur?? 

Soklan2 t'sebut kene jawab masing2 la.. sebab rambut sama itam,ati lain2. btol tak?? 
Seperti Firman ALLAH dalam Surah An-Nahl ayat 93 

Dan kalau Allah menghendaki, niscaya dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang Telah kamu kerjakan"

Jadi, kita kena faham kenapa Pencipta kita menghasilkan ciptaanNYA yang sangat bervariasi. supaya kita menjadi hamba yang berfikir. andai semua dijadikan sama, maka kita ini tidak ubah seperti robot yang dicipta manusia.pertelingkahan, perbezaan pendapat dan berselisih faham tidak akan lari dari kehidupan kita sebagai manusia. kenapa nak nafikan yg kita pernah gaduh ngan orang? ianya normal, 
tetapi perlu ada jalan penyelesaian.

TOLERANSI : apa erti perkataan ini?? 
maksudnya, perlu ada sifat tolak ansur dalam kita bergaul dengan orang lain.

kalau diikutkan, setiap orang nak ade orang lain yang boleh faham diri die macam mane. 
tapi, boleh tak tanya diri sendiri dulu, sejauh mana kita cuba untuk memahami orang lain?

bab2 berselisih pendapat ni, saya suka berkongsi 1 cerita. yang terjadi pada suatu petang setelah mengutip anak di sekolah.

A: ni apehal muke monyok ni??
E : tadi Erra fazira gaduh ngan Siti sarah (bkn name sbnr ). die tu suka kacau orang. biarlah Erra Fazira nk makan jeli kelapa pun. kenapa nak ejek2?? ( lalu menitik la air mate c kecik yg x brape princess tu)
A : la, pasal jeli kelapa pun nk gaduh? dah tu, asal kne ejek plak?
E : die ckp, ape la erra fazira ni,tiap2 ari makan jeli kelapa. awak tak boring ke??kalau kita, mesti dah tak nak makan. huhu.. biarlah erra fazira nk mkn ape pon!
A : dah2 jangan nanges2 dah.. buruk! nak makan, makan jelah,klu kawan tu nak, kasila ckit. eh, yg jln ngan erra fazira tadi sape??( dalam hati, ntah hape2 la kanak2 ni,small matter pon boleh smpai nanges2)
E : tadi tu Siti Sarah la..
A : chet, dalam gaduh2 tu boleh lagi main sesame?? urm.. 

kesimpulannye, hablum minan nas ( hubungan sesama manusia) ni mmg sukar untuk ditafsir. 


perempuan dewasa ke, lelaki dewasa ke,pun tak boleh nak lari daripada perselisihan pendapat.tapi, yg membezakan kita dengan kanak2 di atas adalah,bagaimana cara kita atasi. 

kadang-kadang kita menganggap perkara yang remeh itu rumit, dan yang rumit itu remeh. tapi, perbincangan nye terlalu panjang, sebab berbeza lelaki & perempuan. 


Sebelum saya menutup cerita hari ini, suka untuk saya mengingatkan diri serta sahabat2 untuk sama2 kita mengejar Redha Allah s.w.t. Barakahnye, diharap berkekalan. 
Perkuatkan hati, perkukuh jati diri, demi mencapai redha ILAHI. jadi, dalam kita mengorak untuk memperbaiki ukhwah sesama insani, jangan lupa da' based job caliph is to serve for our Creator. Inn Sha ALLAH, redha dariNYA itu akan memudahkan gerak kerja kita. 
~Wallahualam~


Biar buta penglihatan
Jangan Buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa

Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca
Gurindam serta seloka

Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa