Friday, January 27, 2012

Untuk checklist diri sendiri...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Thursday, January 26, 2012

mimpi...

Andai saya tahu menterjemah setiap mimpi
nescaya saya akan jadi seorg peramal mimpi,
tapi apa kan daya, itu semua kerja Allah s.w.t

Kisah mimpi ini,
amat dekat dan berkaitan dengan permasalahan hidup saya..

mimpi pertama
berkait rapat dgn sepupu saya..
dimana, mungkin pasangan itu sedang menunggu sesuatu,
keajaiban dan kurniaan Allah s.w.t,
tetapi menerima kabar itu dalam keadaan yg mungkin dalam musibah,
kenapa ya?
nampak keadaan nya tenang, tiada yg teruk sgt,
tetapi mereka memilih berada di kawasan rumah kami yg bersawah,
dimana saya sedang meniti batas dan menyorong basikal, tanpa terkena air,lumpur n lecak itu..
akhirnya saya sampai ke rumah,
ada seorg kawan lama, dtg memohon bantuan setelah lama tidak bersua muka malah
menyombong sebelum ini...

mimpi kedua,
saya sedang dalam tempoh berduka kerana satu keputusan yg telah saya buat sekarang..
saya beranggapan selama ini beliau faham keadaan saya yg terpaksa ini,
sekali, rupa-rupanya mmg dia memang tidak berkehendakkan saya seadanya...
sekaligus seolah-olah menjawab persoalan dalam dilema saya kini..
dia tidak lagi memerlukan khidmat saya...
tapi bagaimana sekalipun maruah saya telah tercalar...

mimpi ketiga,
saya mmg berkehendakkan ianya berlaku..
memasak cupcake chocolate sendiri yg sangat sedap...
jadi!! sedap!! limited hanya utk anak2 kesayangan saya...
hahahah,

semua mimpi ini berlaku sebelum azan subuh...
kerana setelah saya tersedar, 3-4 minit selepasnya...
azan subuh berkumandang....

Kenapa ya...?
mimpi oh mimpi...

Wednesday, January 18, 2012

MARI KITA JADI PERFECT aka SEMPURNA

hari ini hari ke 18 dalam tahun 2012
hari ke 18 dalam bulan january

hari ini hari paling lambat sampai ke ofis, dalam tahun 2012
9.10 min.!!!!!!

mari kita jadi perfect...
mari kita merasakan hidup kita sempurna dengan serba serbi kekurangan...
mari kita rasa kita tepat dan betul dalam semua perlakuan,
pergaulan, dan percakapan...

mari kita anggap semua orang salah tentang kita
mari kita fikir semua orang tidak hormat dengan kita
mari kita kata mereka berlagak dan sombong,
mari kita ramai-ramai serkap jarang dan menuduh yang bukan-bukan..
semoga kita bahagia dengan pilihan kita,

kerana kita akan rasa bahagia jika kita anggap kita benar, tepat dan betul.
kita juga yang menentukan hala tuju hidup kita,
duit gaji kita,
makan pakai kita,
amal ibadat kita,

mari kita positif dengan kesempurnaan kita....
mari kita bangga dengan tindakan kita yang mungkin menghina sesetengah pihak,
kerana kita adalah kita,yg rasa terhina adalah mereka,
bukan kita, so lantak la....
buat apa kita fikir akan hal orang lain,
baik kita fikir pasal diri kita dan org2 sekeliling kita yang kita suka sahaja.
bolahkan...
mari kita laksanakan....
agar bahagia datang menjenguk kita....

Tuesday, January 03, 2012

Tak mudah untukku

Assalamualaikum,
pembuka bicara..
Selamat Tahun Baru 2012, kepada dunia dan juga diri ini..

Apa nak buat?,
itu yang terjadi ....

Saya telah memulakan Tahun 2012 dengan sesuatu yang diluar jangkaan..
Yang pasti saya pun tak sangka, yang saya boleh dan telah melakukannya...

Saya telah meletakkan jawatan dengan notis 3 bulan....
melepaskan jawatan yang telah menjadi sebahagian dari hidup saya selama tempoh 6 tahun,
iya, mmg payah, mmg susah, mmg sedih, tapi saya tak terluah apa yang tersirat di hati saya ini..

terpikir juga mungkin ini satu kesilapan, tapi saya tak boleh menyesal,
mungkin ini langkah kurang bijak, tapi saya telah melakukannya...

Iya, bukan mudah utk saya mengambil langkah berani ini,
Mr Husband juga, telah meletakkan jawatan pada awal bulan December 2011,
bermakna kami bakal bergelar penganggur setelah lebih 6 tahun bekerja.

Saya telah meletakkan satu harapan besar di sini sejak mula bertugas,
dimana saya dan suami memulakan langkah mencorak masa depan disini,
mula mengambil keputusan untuk berkahwin, dan terus berkhidmat dgn majikan ini,
dan penuh percaya bahawa kami akan bertapak disini hingga meletakkan
ini sebagai satu kerjaya impian.

ya, kami selesa dan puas dgn setiap apa yang kami lakukan disini,
setiap tugas itu bagai satu cabaran yang mesti dilakukan hingga menjadi,
tetapi saya sedar itu semua hanya lah tugas seorg pekerja si sebuah syarikat.

Saya bermula disini sejak 2005, dalam keadaan semuanya baru,
ofis baru, org baru, idea baru, kolej baru,
kursus baru, program baru, sistem baru...
Saya kutip semua resit-resit belian, dan invoice-invoice bernilai lebih kurang RM 78,000.00 dalam bungkusan plastic putih,
saya susun dan rekodkan dalam satu sistem account cashbook.
minggu berikutnya, mula memohon utk membuka akaun bank di Maybank TTDI,
bermula dgn E2L SB, EYD SB, TGSB dan akhir sekali IESB.
dan disitu bermulalah rekod kewangan dan management account e2L

hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
e2L telah pun menjadi Kumpulan Syarikat Educate to Learn..
tahun 2008 adalah tahun paling hebat bg e2L kerana beroleh keuntungan seperti yg dijangka
dalam Budget 2008.
dan tahun ini juga semua staff merasa menerima Bonus pertama e2L.
pertama kali ada Hari Keluarga di PD, sgt seronok.
pertama kali ada anugerah best character, best competency, best e2L award.
dan Director bersetuju menjadikan e2L birthday sebagai acara tahunan.
seronok kan...

mula tahun 2009, saya sgt seronok kerana Institut yg diusahakan e2L telah mendapat akredetasi penuh oleh MQA, alhamdulillah...
hasil penat jerih semasa 2005 dulu telah menampakkan buah...
org2 kuat e2L juga pasti bangga dengan kejayaan ini,
tahun 2009 ini juga saya terlibat dgn Majlis Konvokesyen Kali Pertama
sy puas dgn semua pencapaian syarikat ini.

Tapi perniagaan perlu diteruskan walau apa sekalipun,
semakin lama, pekerja semakin matang,
permintaan pasaran dan industri semakin pesat,
persaingan semakin tinggi,
e2l mula dikenali, melalui media massa, internet, kementerian dan jabatan2,

Tahniah saya ucapkan pada pengerak syarikat ini, Pengarah nya.
saya sayang beliau kerana beliau berusaha menbentuk sebuah pusat sehenti pendidikan awal kanak-kanak dgn jayanya,
beliau didik anak2 muda menjadi 'leader' dalam syarikat ini,
beliau bekalkan suasana kerja yang kondusif dah flexible termasuk, taska ditempat kerja.
beliau sgt sy kagumi kerana kegigihan n kesungguhan beliau.
saya byk terhutang budi dgn beliau,

Kini, saya harus melepaskan semua keistimewaan yg saya terima sejak lebih 6 tahun
menjadi pekerja disini,
mungkin bukan susah utk mendapatkan pengganti,
tapi situasi ini tidak dapat dibeli dimana2,

Kini, saya harus terima hakikat rezki saya dgn syarikat ini mungkin sampai disini shj,
ada lebih baik saya pergi, jika mungkin kehadiran saya menjadi penghalang sesuatu kejayaan
akan datang,
mungkin skill saya dan pengalaman saya belum cukup luas utk digunakan disini.
mereka perlukan org yg punyai lebih ilmu dan background yang kuat.

Saya setuju.

dengan itu saya meletakkan jawatan saya dengan rela hati.