Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak dahulu dikenali sebagai Institut Perkembangan Awal Kanak-kanak,
Mula ditubuhkan pada awal tahun 2005,
Nama asal adalah Institut Teknology HIT, yg merupakan sebuah pusat tuisyen
di Bandar Muar, Johor.
Di ambil alih oleh sekumpulan perintis dunia perkembangan awal kanak-kanak di Damansara Perdana,
Dengan memulakan progran usahasama bersama beberapa badan pertubuhan dan NGO
menganjurkan majlis-majlis ilmu dan juga latihan untuk guru-guru dan pengasuh taska tadika sekitar Penang, Perak dan Kuala Lumpur.
Sebuah IPTS yang sangat menitik beratkan kualiti pembelajaran secara holistik dan hand on kepada pelajar-pelajarnya.
Dari semua lot kecik di Tropic Shopping Centre, beralih ke sebuah bangunan 5 tingkat di Damansara Perdana, boleh menempatkan seramai 200 org pelajar satu masa, kini
IPTS ini sudah mempunyai Kampus sendiri, di Damansara Damai, Ground Floor, Podium Block, Season Square.
Saya turut berbangga dengan perkembangan yang berlaku, dan mendoakan semoga IPTS ini akan terus maju dan menjadi sebuah IPTS yang membekalkan tena
ga guru prasekolah dan pengasuh yang berbakat dan memajukan industry pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Sayangnya, saya tiada rezki utk bersama-sama melakar kejayaan masa akan datang bersama IPTS ini.
Ketika menhadiri mesyuarat Agong ECCE Cauncil Sabtu lalu, saya berpeluang menjejakkan kaki ke Kampus baru ini.
Terima kasih pada Hidayah seorg kenalan lama yang sudi membawa saya berjalan-jalan disekitar kampus baru ini..
Reka bentuk kelas / bilik kuliah yang berkonsep kayu dan model, disamping memerapkan elimen sejarah tokoh-tokoh perkembagan awal kanak-kanak.
Bilik yang memuatkan lebih 40 staff pengurusan..
Kata-kata perangsang yang selalu menjadi penguat semangat Pengarah dan juga pekerja
Nilai-nilai ini masih diserapkan di kampus ini...
Saya, dalam AGM ECCE Cauncil
Ruang susun atur Dewan yang serba baru..dan hebat
Saya seronok melihat sekitar kampus ini,
dengan peralatan dan kemudahan yg serba moden
semoga pelajar KPAKK akan lebih cemerlang dimasa akan datang,
Didik lah anak bangsa dengan nilai murni
tetapi haruslan bermula dgn diri kita sebagai contoh terbaik...